HALIA merupakan salah satu bahan atau herba yang dapat membantu dalam proses pembuangan angin dari dalam badan samping dapat membantu mengurangkan paras kolestrol dan mengurangkan keradangan serta menguatkan imuniti badan. Halia dapat bertindak sebagai ejen yang dapat membantu proses penghadaman dan melegakan rasa loya dan rasa kurang selesa.
KURMA juga tidak kurang hebatnya dalam memberikan pelbagai manfaat antaranya merupakan sumber serat yang utama dan juga kaya dengan antioksidan yang dapat berfungsi dalam melindungi sel-sel dalam tubuh badan daripada radikal bebas di samping dapat menjaga kesihatan tulang melalui kandungan mineral seperti fostor, kalsium, kalium dan magnesium yang dapat mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis.